Sunday, August 21, 2011

keindahan buln ramadhan


...alhamdulilah..
mood : gila2 happy laa.
ialah ta pnah dlm hidup ak nak hafal ayat2 suci al-quraan dgn skali maksud nye pulk tu..
tapi buln ramadhan nie, tiba2 ak rasa mcm t'gerak hati tuk fahami isi t'surat dan t'sirat dlm alquran tuu...  
ishh mcm nak jadi "tahfizah" pulk..hehehe... skrg dah hampir bnyak suroh laa yg ak baca dan faham kan mksud2nya.. sblum nie kalo ak mgaji...ak mgaji baca mcm tu je la. .faham ta faham masud main bedal je.. tpi buln ramdhan...buln yg paling rahmat buat ak..

setiap kali ak baca ayt2 suci al-quran dan faham kan maksudnya...
subhannallah...hati ak rasa mcm 

  • jiwa ak tenang sgt2 .
  • ak dapat m'rasai dan bayangkan b'tapa besar nye kekkuasaan allah .
  • allah m'cptakan setiap mahluk2 ..k'istimewaan syurga... dan k'seksaan azab api neraka
  • kehidupan ak mcm lapg sgt2.. ta rasa sunyi mcm sblum nie....   
ak ta bolh nak trg kan la kat korg...
cubalah korg baca dan m'hayati nye...msti korg akn rasa lain drpd lain.
insyaallah.


asma ul husna.

Tuesday, August 16, 2011

sebuah lagu yg m'nengkan hati


lagu nie..slalu ak mainkan ..kalo saat2 diri ku terasa sunyi,
sedih..geram..n pe2 je la..
korg nak tau sbb pe.??
dgr laa dulu nyanyian "OPICK"


opick "sepi"
lembut jee suara nye..bolh tng kan fikiran n hati kalo kita m'dgr nye
tu yg buat ak t'tarik setiap lagu nyanyian opick.


Thursday, August 11, 2011

Friday, August 5, 2011

akibat buruk sangka..



Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.
“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.
“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.
“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.
“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.
“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.
“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.
“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.
paradigma mukmin
Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”
Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.
Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.
Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.
Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.
Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.
Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.
Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.
Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.
Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”
Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.
“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”
Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.
Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
paradigma mukmin
Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.
Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.
Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman.
paradigma mukmin
Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

Thursday, August 4, 2011

solat di surau


alhamdulilah ya allah..hari nie mmg hari yg paling gembira sgt2 buat ak..dah lama niat nie ak simpan je dlm hati...dah lama gak ak tugu saat2 b'gini. akhirnya ak dapat gak buatsolat sunat tarawih di surau buat first time nya...

wktu sampai kat surau tuu mmg ak ta leh nak kata apa..muka ak nie snyum jee..rasa teng..rasa nak mnagis,rasa nak b'sujud padamu allah, rasa gmbira smuanya ta leh ak nak ungkapkan...hanya kau yg maha m'getahiu ya allah pada stiap mahluk yg kau cipta .Sblum nie smua tu adalah mimpi bagi ak. mmg laa rasa agak kekok...sbb first time ak solat tarawih in my life. ak ta tau nak m'dirikan solat tarawih mcm ne..solat witir..solat sunat yg ada dlm surau tuu laa...alhamdulilah ..nasib baik mak ak tman kan ak g solat..tade laa rasa seram sgt..mak ak gajar dgn b'cakp dkt bisikan kat teliga ak nie...solat pe ini..cane niat nya..pe bacaan nya..

ya allah ak dah nak mnagis..ak umat mu..tapi ak ta penah solat sunat pd buln ramadhan...ak bgitu jahil..mcm ak sperti seorg kafir yg tanak mcari kesinaran suci buln ramadhan. ini..
astagfiruallahalazim. 
lps nya habis solat2 ramadhan..ak pun trus balik...ya allah bgitu indahnya solat pd buln ramdhan ini. Ak harap sgt2..ak dapat habis kan solt tarawih, witir. lailatuqadar..pada buln ramadhn  ini..lagi 1..ak harap sgt2..ak dapat m'cari banyak pahala..pada buln ramdhan ini..ak nak buat solat sunat hajat, slat tahajud , solat duha. sedekah ..tolog my parents
dan semua nya laa...insyaallah kalo ak sempat lagi tuk hidup di dunia ini.

ak solat wajib ak tunaikan..jgn igat "tidak"..hehhe coz solt wajib nie yg first akn di tanya dlm kubur karg...hehehhe...yg solat sunat tu laa yg sbenanya ak susah sgt m'dirikan nya..


Wednesday, August 3, 2011

Perihal Api Neraka


dikisahkan bahawa rasulullah S.A.W. bertanya kpd malaikat jibrail ttg api neraka, 
kata rasulullah S.A.W. "wahai jibrail,btahu kpd ku ttg api neraka." maka jibrail pun b'kata: 
"ya muhammad sebernanya api neraka itu b'warna hitam pekat,
andaikata kalau api itu t'jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akn t'bakar bumi ini.
dan ttg baju neraka pula, kalau baju neraka itu d'gntgkan antara langgit dgn bumi nescaya akn mati
semua p'dudk bumi coz bau busk yg palg dasyat.."

adakah..ini azab api neraka..??
kemudian jibrail b'kata lg : "wahai muhammad kalau malaikat yg sembilan belas itu turun 
ke bumi sudah tentu akn mati semua pnduduk bumi sebab bentuk mereka yg sgt m'gerunkan dan kalau 1 pngelgan dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akn menembus ke dalm tujuh petala bumi."

subhanaallah

ya allah..adakah kami akn di tempatkan di dlm api neraka..???

Monday, August 1, 2011

selamat mnyambut buln ramadhan al mubarak. pada thun 2011



alhamdulilah syukur pada Allah .. dapt juga thun nie sya b'puasa lagi..dapat gak sya mnunai ibadah suci ini... sya harap sgt bulln puasa ini..sya dapat mnedekat kan diri kpd Allah. "amin'
Ya Allah syukur alhamdulilah coz sudi m'beri sya ksemptn tu b'puasa dgn my parents n my sibling.
b'sahur..b'buka..b'solat..b'doa..b'tarawih.mgaji...b'solat sunat..dgn mereka smua.
syukran ya allah.

hari nie hari puasa ramadhan yg p'tama buat smua umat islam..di dunia, sya dah lama mgharap kan suatu p'kara yg baharu yg dapt m'nenagkan jiwa hati sya..sya harap sgt sya dapt m'dekat kan diri ini kpd Allah sblum nyawa sya di ambik...sya nak sgt b'sujud kpd allah tiap2 tgh mlm...solt hajat..solt tahajud..dan sya nak b'doa bnyak2 kpd allah.."amin"


makbulkan laa doa2 ku ya allah
"amin"..
solat tarawih.
izinkan kan ak ya allah
 selama nie hidup sya t'lau buzy jee gan peljar UPSR..PMR..SPM..
jauh skali tuk sya nak dkt kan diri kpd allah..sya harap ptunjuk dan hidayah akn di beri pada ku.
ya allah tambahkan la rezki ku..pmudahkan urusan ku di dunia dan akhirat. "amin"
insyaallah sya harap allah akn m'makbulkan sgala hajat hamba mu yg lemah ini.."amin".

go MASJID INDIA go

JOM..JOM..JOM..kita shopping
itu laa p'kataan yg sering DIRA, FARAH and FATIN...di keluarkan.
kalo nak kata shopping..fuuyoo mmg memenat kan..dari otak higa kaki..
kalo dah kata b'jaln mmg ta igat dunia...kalo bolh nak pusg 1 kuala lumpur tuu...hehehehe

ok mcm nie laa ak cerita dari A higa Z.
mcm biasa..slalunye ak,farah akn g umh fatin..letak motr and then..pe lg jaln kaki arr g bus stop
tapi ari nie..ak g msjid india dgn..fatin,farah dan dyla. 4org g sana la..
naik bus u6 hrga rm3..pjalanan yg agk2 30 minit..mcm tulaa..dgn sesak jln nye lg..dgn mhluk2 yg b'keliaran d KL...hehehe. smpai t'tidur gak kwn ak nie kat bus..farah nama nye...hehehehe.
naik je kenderaan pe2 je..msti dye tidur...hehehehe

WAUU!!...smpai sana mmg ta terckp laa..t'tutp mulut nie...hehehhe
ya Allah banyk nye barag2 yg mnawan hati kita org nie...
harga pun ada yg mahal dan murh...tapi kita nie kena pandai2 tawar mnawar laa...kalo ta mmg rugi brg yg kita beli...slalu nye bab2 tawar mnawar nie slalunye ak laa...pandi nak godek2..
hehehhe..bab kata org kena "bijak tuk b'belnja"..
nie laa bus rapid Kl u6..
dari sungai tua higa masjid india..rm3 jee

abis 1 masjid india tu kita org pusg2 ...shoppg ktkan..bnyk gak kami beli barg.. barg yg nak wat raya..nak wat g poli .. g bljar..smua ada laa..penat gak.. Nie lg 1 hal..nak cr makn.mmg susa. da kata hari ahad..
mmg ramai laa mhluk2 kat KL tuu... abis kami g balik je..g warta mkn kat warta..hehehehe
b'jaln kat kl tapi makn kat warta...hehehehe mkn KFC jee.. lgpun ari ahad de pasar mlm kat warta...
alang2 b'jaln2 arr kat pasar mlm..tgk sana..(^_>) tgk sini...

lpstu da laa...penat laa jln2..kaki lutut nie pun da lenguh2..so kami balik la.. balik umh fatin dulu..ambik "kereta"..hehehe sioot malu laa bawk keta dpn kwn2 nie..smpai dorg kutuk ak habis bwk keta...hehehe ye laa mklumlaa first time m'mandu.
barg2 kat sini laa kita org beli

nie laa tempat nye masjid india..

dah laa..smpai sini je la citer ak g masjid india..mmg perasaan sernok gila..
ok laa by dira . Assalam.